June 22, 2009

Allah disisiku.. (epilog UjianNya)

Segala puji kepada Allah yg Maha Agung..
Segala puji kepada Allah yg Maha Berkuasa..
Segala puji kepada Allah yg Maha Pengasih..
Segala puji kepada Allah yg Maha Berkehendak..
Segala puji kepada Allah yg Maha Pemurah..
Segala puji kepada Allah yg Maha Mengetahui...

Tidak aku sangka..Masalah yg membelengu aku selama seminggu kini lenyap sekelip mata..dikala aku tidak menjumpai jalan keluar..di kala aku hampir putus asa..di kala aku tiba-tiba berasakan seolah aku sendiri di ceruk dunia..akhirnya aku hanya berserah kepadaNya..ku panjatkan doa..

sesungguhnya hanya DIA tempat ku bergantung ketika itu..
sesungguhnya aku telah redha dengan ujian itu..
dan sesunngguh-sungguhnya hanya DIA yg ada disisiku ketika itu..
dan aku serahkan seluruh rintihan dan pilu tangisku kepadaNya..

mungkin itu yg ingin diajarkanNya kepada aku..
agar aku sedar yg aku memerlukanNya disetiap nafasku..
agar aku sedar yg aku boleh bergantung padaNya..

Syukur...
berkali-kali ku panjatkan kesyukuran..
Memang tidak terhingga rasanya syukurku..
Malah aku berasa terharu dengan pertolonganNya..
dengan kasih-sayangNya..dengan susun aturNya yg cantik dan tidak trjangkau di akalku..

Kini..tenang sudah hatiku..
Segala rasa sakit, marah, bimbang dan sedih di hatiku seolah diangkat..
dan aku sendiri tidak sangka aku boleh memaafkan org yg melukakan hatiku secepat ini..sungguh aku amat bersyukur..
Kini aku boleh senyum seikhlas hatiku semula..

Aku sedar kini..
bila diuji aku harus muhasabah diri..
aku harus redha..
aku tidak perlu gentar walau apa cabaran yg datang..
walau segetir mana ujian hidup ini..
aku pasti teguh kerana aku ada Allah di sisiku..

Teringatku pesan abah yg kini sudah hampir sebulan berada di Pahang..
"Jagalah hubungan kamu dgn Allah..Allah akn jaga kamu..dunia kita pegang, tapi agama harus kita junjung.."

Selamat Hari Bapa abah..pesananmu sentiasa menjadi azimat agar aku tidak terus leka dengan indah dunia.. :)

No comments: